Official Web         

Official Web        

News & Events

FTKA CIVIL DRAGON DINOBAT JUARA KESELURUHAN SUKFAC-12,2022.

 
 
 
Paya Besar, 19 Disember 2022 | Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) Civil Dragon dinobatkan Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUKFAC) Ke 12 UMP 2022 apabila berjaya merangkul 12 pingat secara keseluruhan pada kejohanan yang berlangsung bermula 3 sehingga 18 Disember yang lalu.
 
FTKA mengungguli 4 acara iaitu Petanque (W), Tenpin Boling (L&W) dan Bola Keranjang (W) dengan memenangi Pingat Emas selain memenangi Pingat Perak bagi acara Bola Tampar (L), Badminton Campuran, Catur (L) dan Bola Jaring manakala membawa pulang Pingat Gangsa bagi acara Futsal (L&W), Sepaktakraw dan Bola Baling (L).
 
Majlis Penyampaian hadiah dan majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Ts Mohd Rusllim Mohamed dan juga Pengurus Besar (HEPA), Puan Haryani Abdullah. Turut hadir bersama ialah Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Bin Hj Ismail dan Eksekutif Kanan, Akademi ADAB, Haji Amirul Ahmad dihadapan seramai 1500 orang pelajar yang mengambil bahagian dalam SUKFAC 12, 2022.
 
Pada majlis tersebut juga turut diadakan majlis penyampaian baju pasukan dan memperkenalkan pemain pasukan bolasepak UMP yang akan menyertai Kejohanan Bolasepak Liga IPT Divisyen 3 yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai bermula 23 sehingga 30 Disember 2022.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang SUKFAC 12 dan juga selamat maju jaya kepada pasukan bolasepak UMP nanti.
MAJULAH UMP
DEMI UMP

PSK UMP MULA GERAK KERJA 2023

 
 
PEKAN, 13 DISEMBER 2023 | Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP mengambil langkah awal dalam merancang program-program sukan dan kebudayaan bagi tahun 2023 apabila pantas mengadakan Bengkel Pelan Strategik PSK UMP 2023 yang berlangsung Library Lounge, di UMP Pekan bermula 13 sehingga 14 Disember 2023.
 
Sepanjang 2 hari tersebut, kesemua staf PSK berkampung dan duduk bersama bagi membincangkan program-program yang bakal berlangsung sepanjang tahun 2023 yang akan lebih memfokuskan kepada pembudayaan sukan dikalangan warga UMP selain program yang memberikan impak yang besar dan berkesan kepada Universiti Malaysia Pahang.
 
‘Kita tidak hanya memfokuskan kepada penyertaan pelajar dan staf untuk penyertaan kejohanan berprestasi tinggi semata-mata tetapi juga turut akan memberi peluang kepada warga UMP melibatkan diri dalam acara sukan Massa dalam usaha untuk membudayakan sukan dikalangan warga UMP, tidak ketinggalan juga program-program kebudayaan dan juga teater’, jelas Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail pada ucaptama bengkel tersebut.
 
 
Tambah beliau lagi, ‘Penganjuran sukan berprofil tinggi yang dapat memberikan impak kepada UMP turut dalam perancangan bagi tahun 2023 dan ini akan saya bentangkan pada Bengkel Pemantapan Dan Pembentukan Hala Tuju dan Sasaran Kerja Tahunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar 2023 yang akan berlangsung pada minggu hadapan’.
Semoga perancangan yang telah disusun pada bengkel ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat perhatian dari pihak pengurusan tertinggi UMP.
MAJULAH UMP
DEMI UMP
 

AHMAD AZHAD TEKAD JULANG NAMA NEGARA DAN UMP.

Paya Besar- 11 Okt 2022. Pelajar tahun ke 3, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Ahmad Azhad Rifqi tekad untuk menjulang nama negara dan Universiti Malaysia Pahang apabila tersenarai bersama skuad negara dalam Siri Kejohanan Ragbi Asian 7’s yang akan berlangsung di Incheon, Korea Selatan pada 12-15 Oktober.
 
Pertama kali tersenarai bersama skuad kebangsaan untuk kejohanan peringkat tertinggi ini membuatkan anak jati kelahiran Kuantan, Pahang ini begitu bersemangat dan yakin untuk membuktikan sesuatu yang dapat membanggakan rakyat Malaysia dan juga warga UMP. Beliau yang juga antara tonggak pasukan Pahang pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada September lalu berkata beliau telah melakukan persediaan yang rapi dan meneruskan latihan seperti biasa setiap hari walaupun kejohanan SUKMA telah berakhir.
 
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP yang sentiasa menyokong penglibatan pelajar UMP dalam kejohanan besar seperti ini dan juga tidak lupa kepada Ketua Jurulatih pasukan ragbi UMP, En Yusli Asahan yang sentiasa memberi dorongan dengan program-program latihan yang telah diberikan untuk beliau membuat persediaan sebelum ke kejohanan di Korea Selatan nanti.
Selamat Maju Jaya Ahmad Azhad Rifqi. Semoga Pulang dengan Kejayaan!!
 
DEMI UMP!!
MAJULAH UMP!!

UMP Malaysia jalin kerjasama bersama Pusat Equestrian Pahang.

KUANTAN,30 Oktober 2022- Pusat Sukan UMP Malaysia dengan kerjasama Pusat Equestrian Pahang memulakan langkah pertama bagi Program Kolaborasi UMP Bersama Pusat Equestrian Pahang apabila menganjurkan Klinik Orientasi Equestrian bertempat di Kompleks Equestrian Pahang,Tanjung Lumpur.
Orientasi Klinik ini melibatkan 37 orang peserta dari kalangan pelajar UMP memberi peluang kepada peserta menimba ilmu,pengetahuan dan pengalaman dalam aktiviti berkuda.
 
Naib Canselor UMP,Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin berkesempatan hadir beramah mesra bersama peserta dan jurulatih klinik disamping turut menjalankan aktiviti menunggang kuda bersama 3 orang peserta terbaik klinik.Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni,Profesor Ts.Dr.Mohd Rusllim Bin Mohamed dan Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP,En.Aznorizamin Bin Hj.Ismail.
Klinik yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan asas menunggang kuda,cara pengendalian dan pengurusan kuda.
 

UMP DI MATA ASIA TENGGARA

KOTA SURABAYA, JAWA TIMUR, 7 Disember 2022. Universiti Malaysia Pahang terus menerajui arena sukan universiti Asia Tenggara apabila Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Profesor Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed dilantik menjadi Presiden Asean University Sports Council (AUSC) untuk tempoh 2023-2025 pada majlis Perhimpunan Agung Asean University Sport Council (AUSC) ke-5, 2022 dan Mesyuarat AUSC Ke-32 yang berlangsung pagi tadi bertempat di Hotel Doubletree By Hilton di Kota Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.
 
Beliau yang turut berperanan sebagai Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) kini berperanan lebih luas iaitu memastikan program pembangunan sukan universiti Asia Tenggara berkembang selari dengan arus semasa pembangunan sukan universiti dunia. Turut hadir pada mesyuarat dan majlis perlantikan tersebut ialah Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP yang juga Setiausaha Agung MASUM, En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail selain delegasi dari negara Asean lain yang menjadi anggota AUSC.
 
 
Sebelum itu, Mesyuarat AUSC kali-32 telah diadakan pada sebelah pagi bagi membincangkan secara terperinci mengenai persiapan tuan rumah, Indonesia bagi penganjuran Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 yang dijadualkan berlangsung di Kota Surabaya dan Kota Malang, Indonesia. Turut diadakan ialah sesi lawatan dan pemeriksaan di vanue-vanue kejohanan yang bakal dilangsungkan.
 
Sementara itu, delegasi UMP yang diketuai oleh TNC (JHEPA) juga turut mengambil kesempatan lawatan ke Surabaya untuk mengadakan program kolaborasi bersama Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia. Program jangka pendek antara kedua-dua buah IPT itu menjurus kepada program bakat-bakat muda dikalangan pelajar dengan tema ‘ Future Talent Exploration Programe’ yang bertujuan memberi pendedahan dalam melahirkan lebih ramai cendakiawan dan pemikir yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua intitusi.
Pihak Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP mengucapkan selamat maju jaya kepada TNC (JHEPA), Profesor Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed diatas perlantikan ini dan semoga AUSC, MASUM dan UMP terus cemerlang dibawah pentadbiran beliau.
MAJULAH UMP
DEMI UMP

UMP tuan rumah Karnival Bola Sepak 7s Wanita IPT 2022

KUANTAN, 23 Oktober 2022 – Karnival Bola Sepak 7s Wanita IPT 2022 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyaksikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi tuan rumah penganjuran kejohanan yang berlangsung di padang bola sepak Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang baru-baru ini. 

Sebanyak 11 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang disertai pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Kolej Profesional MARA Beranang (dua pasukan), University College TATI, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (dua pasukan), Sekolah Sukan Negeri Melaka dan UMP.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari tu menobatkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku juara sulung bagi edisi pertama kejohanan dengan menewaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang A (SSMP) di tempat kedua. 

UiTM membawa pulang RM4,000 dan piala manakala SSMP A pula meraih RM3,000 dan hadiah iringan.

Sementara itu, pasukan tempat ketiga, UPNM menerima RM2,000 manakala UPSI di tempat keempat terbaik dan membawa pulang RM1,000.

 

emenang Anugerah Khas Karnival Bola Sepak 7's Wanita IPT 2022 dimenangi oleh Nur Syafiqah Zainal Abidin (UiTM) yang meledak dua gol dalam perlawanan itu dan muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 12 gol.

Hadiah disampaikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin yang turut dihadiri Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato’ Dr. Pekan Ramli dan Pengarah Pusat Sukan Kebudayaan UMP, Aznorizamin Haji Ismail.

Disediakan oleh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri

UMP hosts 49th Public University Golf Tournament

KUANTAN, 28 May 2022 - A Perodua ATIVA sponsored by Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) for Hole In One became the players’ aim at the 49th Public University Golf Tournament which saw Universiti Malaysia Pahang (UMP) as the host.

A total of 300 golfers from public universities (UA) involved in the 49th Public University Golf Tournament held for two days starting today.

According to the UMP Vice-Chancellor, Professor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, this tournament could invigorate sportsmanship and strengthen the solidarity among the family of the Ministry of Higher Education (MoHE).

“This golf tournament can also be used as a platform to help the Pahang State Government promote edu-tourism in the state especially to the local golfers,” he said at the 49th Malaysia Inter-University Golf Tournament Dinner at Swiss-Belhotel Kuantan.

He appreciated the support of MoHE and PERODUA including the Pahang State Government, Bank Islam, Franky Construction Sdn. Bhd., Meranti Marshal, Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd., and Bank Simpanan Nasional.

There were three locations for the tournament at Royal Pahang Golf Club, Kuantan, Royal Pekan Golf Club and Mahkota Golf and Country Club, Kuantan.

The ceremony was also attended by the Chairman of the Human Resources, Youth, Sports and Non-Governmental Bodies Committee of Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain.

Also present were the Secretary General of MoHE, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar and UMP Pro-Chancellor, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asaari Mohamed Nor.
 

Kredit: Mimi Rabita Abdul Wahit, Corporate Communications Division, Chancellery Department

Translation by: Dr. Rozaimi Abu Samah, Engineering College/Faculty Of Chemical And Process Engineering Technology

SUKAN ANTARA FAKULTI (SUKFAC) KALI KE-12 UMP 2022 MEMBUKA TIRAI.

PAYA BESAR, 3 Disember 2022-Sukan Antara Fakulti (SUKFAC) KE-12 UMP 2022 kembali mewarnai suasana Universiti Malaysia Pahang apabila telah membuka tirai secara rasminya pada satu majlis ringkas bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, Paya Besar pagi semalam.
 
Majlis yang telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Akademi ADAB, Mejar Imaduddin Bin Abidin turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, En Mohd Aznorizamin Bin Haji Ismail selain Penasihat SUKFAC, En Nur Adam Maximillian dihadapan lebih 500 orang peserta setiap fakulti yang mengambil bahagian pada acara sukan minggu pertama ini.
 
 
Dalam ucapan perasmian beliau, Mejar Imaduddin turut melahirkan rasa bangga dan teruja diatas penglibatan para pelajar pada SUKFAC kali ini walaupun ianya berlangsung pada cuti awal semester dan mengharapkan para pelajar dapat mengambil peluang untuk mengisi manfaat cuti semester ini dengan aktiviti berfaedah di dalam kampus selain mengukuhkan ukhwah dan persahabatan bersama rakan-rakan fakuti dan juga sekampus melalui aktiviti sukan. Pada acara simbolik perasmian, Mejar Imaduddin sempat membuat satu hantaran servis bagi permainan Bola Tampar dan mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari para peserta yang hadir pada perasmian tersebut.
 
SUKFAC mempertandingan 11 acara dengan 21 pingat emas ditawarkan dibahagikan kepada 3 FASA. Fasa 1 bermula 3-4 Disember 2022 yang mempertandingan acara Bola Tampar, Badminton, Ping Pong dan Futsal. Fasa 2 pula menyusul pada 10-11 Disember yang mempertandigkan Tenpin Boling, Petanque, Catur dan Sepaktakraw manakala FASA 3 yang akan dipertandingkan pada 17-18 Disember pula mempertandingkan acara seperti Bola Jaring, Bola Baling, Boling Padang dan Bola Keranjang. Sebanyak 9 fakulti yang mengambil bahagian dengan penglibatan hampir 1500 peserta dikalangan pelajar UMP.
 
Semoga melalui kejohanan ini, lebih ramai bakat-bakat baru yang dapat dicungkil untuk diketengahkan ke dalam pasukan utama universiti untuk mengharungi kejohanan peringkat universiti nanti. Kepada warga kampus yang berminat untuk menonton dan menyokong pasukan fakulti masing-masing bolehlah hadir di Kompleks Sukan di kedua-dua kampus iaitu di Paya Besar dan Pekan selain vanue luar yang telah dinyatakan pada poster kejohanan.
MAJULAH UMP
DEMI UMP
 
 

106 hadir sesi pemilihan pemain futsal lelaki UMP,93 bolasepak.

Gambang : Seramai 106 orang pelajar UMP Malaysia telah hadir sesi pemilihan terbuka bagi pasukan futsal lelaki manakala 93 orang pula hadir pemilihan pemain bolasepak pada hari pertama sesi pemilihan.
Pemilihan pemain ini diadakan sebagai persiapan awal kedua dua pasukan bagi menghadapi saingan Liga Bolasepak IPT dan Liga Futsal yang dijadualkan pada Disember dan Januari depan.
 
Pemilihan dan penilaian pemain kedua dua pasukan dijalankan oleh gandingan jurulatih Wan Suratman Adnan dan Farid Hj Ali dijadualkan berlangsung selama 3 hari bermula 25 hingga 27 Oktober ini.
Rata rata pemain yang hadir ialah dari kalangan pelajar- pelajar yang baharu mendaftar masuk pada minggu lepas disamping beberapa pelajar lama yang masih ingin mencuba peluang yang disediakan.
 

TNC (JHEPA) UMP MELAWAT DAN MENYANTUNI WIRA DAN WIRAWATI UMP.

Dalam kesibukan sebagai Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) untuk memastikan aktiviti pertandingan atlit kontigen Malaysia di AUG 2022, Ubon Ratchatthani berjalan lancar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UMP, Prof. Madya Ts Dr Mohd Rusllim Bin Mohammad masih turut berkesempatan untuk berjumpa dan bertanya khabar atlit Malaysia dari UMP iaitu Saudari Nurul Ashikin Hussin dari acara Olahraga dan Saudara Muhammad Amirul Aiman dari acara Futsal di Perkampungan Sukan AUG2022 di Rajabhat University, Ubon Ratchatthani, Thailand.
 
Beliau hadir diiringi oleh Pengarah Pusat Sukan UMP yang juga Setiausaha Agung MASUM, En Mohd Aznorizamin Ismail bertanyakan khabar atlit-atlit tersebut dan mengetahui perkembangan terkini serta persiapan mereka untuk pertandingan dan hari perlawanan seterusnya. Turut hadir ialah Pegawai Sukan Kanan UMP, En Nur Adam Maximilian dan juga Ketua Jurulatih pasukan Futsal Malaysia En Wan Suratman Adnan.
Dr Mohd Rusllim juga meluahkan rasa bangga diatas penglibatan atlit dan juga pegawai dari UMP dalam AUG2022 kali ini dan mengharapkan agar lebih ramai lagi pelajar dan pegawai yang dapat melibatkan diri dalam kejohanan yang besar seperti AUG selepas ini.
 
Semoga atlit UMP terus cemerlang dan lebih gemilang dalam kejohanan AUG2022!!
Majulah UMP!!
Demi Malaysia!!
Malaysia Boleh!!
Image

— Contact

Pusat Sukan dan Kebudayaan
Pusat Aktiviti Pelajar
Universiti Malaysia Pahang
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur