Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Logo Elgineers

elgineers

Maksud disebalik EL'gineers

Gajah Dipilih kerana ianya sangat sinonim dengan negeri Pahang. Yang pertama ianya melambangkan perjuangan salah seorang pejuang dan pahlawan tersohor negeri Pahang iaitu Tok Gajah yang merupakan salah seorang pahlawan yang terbilang di negeri Pahang yang menentang penjajahan British. Yang kedua ialah kerana negeri Pahang sendiri merupakan negeri yang masih mengekalkan habitat haiwan tersebut dan masih mempunyai bilangan Gajah yang tertinggi di Malaysia.

Gajah juga melambangkan kekuatan dan keperkasaan haiwan tersebut, sama seperti kekutan dan keperkasaan atlit UMP yang cuba ditonjolkan.

Secara ringkasnya EL bermaksud Elephant sementara Gineers membawa kepada 2 maksud iaitu Engineers iaitu dimana UMP bakal melahirkan Jurutera memandangkan UMP merupakan universiti yang menjuruskan pengkhususan dalam bidang teknikal kejuruteraan. Manakala maksud kedua Ginners ialah bermaksud Bijak (di sebut Genuis). Pelajar UMP adalah rata-ratanya ialah pelajar atlit yang bijak dan mampu menggunakan kebijaksanaan didalam menghadapi lawan di dalam gelanggang mahupun kebijaksanaan didalam urusan pembelajaran.