Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

UMP Pekan Night Games 2.0 Medan Menggalakkan Warga UMP Bersukan

NIGHT GAMES1   

Pekan,3 Disember 2016 :Pusat Sukan Dan Kebudayaan Kampus Pekan dengan kerjasama Perwakilan Kolej Kediaman 5 (PEKA 5) dan Majlis Sukan Pelajar (MSP) UMP telah menganjurkan UMP Pekan Night Games 2.0 bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 1.00 pagi bertempat di Gelanggang Terbuka UMP Pekan membabitkan 5 acara iaitu futsal,bola jaring,bola tampar wanita,sepak takraw dan petanque.

NIGHT GAMES2

Kejohanan sukan yang melibatkan semua blok Kolej Kediaman 5 serta pelajar UMP @ City dan juga pelajar UMP Pekan (Non Resident) ini dirasmikan oleh Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, En. Abd Rahman Bin Hj Safie dihadiri lebih 400 orang peserta dari setiap acara yang dipertandingkan.

NIGHT GAMES4

Kejohanan yang masuk tahun kedua ini terus mengekalkan objektif utama penganjurannya iaitu menggalakkan seluruh warga UMP untuk bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

NIGHT GAMES5

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pusat Sukan Pekan, En. Nur Adam Maximillian sebaik semua acara selesai pada jam 1.30 pagi.UMP Pekan Night Games pada kali ini mendapat penyertaan yang cukup menggalakkan apabila lebih 400 orang mahasiswa UMP menyertainya disamping ratusan lagi hadir untuk menyaksikannya.

Tags: sukan,, ump,