Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Majlis Tahlil Buat Allahyarham En Mohamad Azizi Abu Seman

15697898 10206368999224445 3068530501490032570 n

Gambang,23 Dis- Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP telah mengadakan Majlis Tahlil Buat Allahyarham En Mohamad Azizi Bin Abu Seman,Pembantu Operasi di Pusat Sukan dan Kebudayaan yang telah meninggal dunia pada 20 Disember 2016 yang lalu.Majlis turut dihadiri oleh kenalan kenalan allahyarham serta rakan setugas dari jabatan lain.

15622678 10206368998904437 2248413014037418674 n

Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan,En Abd Rahman Bin Safie turut berkesempatan menyampaikan sumbangan daripada Kelab Kebajikan Pusat Sukan & Kebudayaan UMP serta orang perseorangan kepada anak allayarham.Turut sama hadir ialah keluarga allahyarham dari Kedah termasuk ayah dan ibu allahyarham dan mereka dibawa untuk melihat tempat allahyarham bertugas sebelum ini.

En.Mohamad Azizi Bin Abu Seman meninggal dunia pada jam 1.30 petang 20 Disember 2016 dikediamannya di Taman Rakyat,Gambang.Sama sama kita sedekahkan doa dan Al-Fatihah buat allahyarham.