Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Pasukan Wanita UMPCT menang

Melaka,27 Nov- Pasukan wanita UMP Cycling Team (UMPCT) membanggakan apabila menang tempat ketiga bagi kategori Lebuhraya Pelajar IPT Wanita (Berpasukan) dalam  Kejohanan Varsity Cycling Challenge (VCC) 2016 “Malacca Heritage Trail” anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Peserta terdiri daripada Tengku Seri Wahyu Tengku Muzamir  dari Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian, Shahnaz Sakinah Shaiful Bahri Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Tay Yan Li  dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli. 

02

Manakala pasukan lelaki pula mendapat tempat ke-7 dalam kategori Individu Pelajar Lelaki iaitu Muhammad Faizzudin Mohd Amin, 25 dari FKEE manakala pensyarah FKKSA merangkap Penasihat kelab UMPCT iaitu Wan Mohd Hafizuddin Wan Yussof   berjaya mencatatkan masa selama 2 jam 26 minit 43 saat.

Menurut Wan Mohd Hafizuddin, pasukan disertai oleh 12 orang ahli dari UMP yang terdiri daripada seorang staf, lapan orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar wanita.

“Kejohanan kali ini merupakan penglibatan UMPCT paling mencabar dari segi laluan. Laluan untuk kategori Lebuhraya Pelajar IPT Lelaki dan Lebuhraya Staf IPT Lelaki adalah sejauh 85 KM manakala laluan untuk kategori Lebuhraya Pelajar IPT Wanita adalah 45 KM melalui laluan UTeM-Jasin-UTeM.

04

Walaupun pasukan lelaki UMP tidak dapat menyumbang pingat kepada UMP, tetapi mereka telah melakukan latihan secara konsisten sebelum pertandingan ini berlangsung,” katanya.

Beliau mengharapkan UMP dapat menghantar pasukan UMPCT untuk mewakili universiti bagi acara berbasikal supaya dapat memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan dan kerjasama lebih erat antara staf dan pelajar UMP.

Sementara itu bagi Shahnaz,25,  laluan yang diberikan amat mencabar namun hasil latihan yang mencukupi memberi peluang kepada UMPCT untuk meneruskan kayuhan. Katanya, pasukan lain turut memberikan saingan sekaligus mencabar kami untuk melakukan yang terbaik.Hasil usaha kami dengan latihan intensif membuatkan kami berjaya mendapatkan catatan masa yang baik.

Kejohanan VCC 2016 ini dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Sukan KPT, Hazally Jali selain menyampaikan hadiah kepada pemenang .

Disediakan oleh Nor Fadzillah Zulkipli dari Bahagian Komunikasi Korporat