Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Konvoi Bermotosikal UMP Jelajah Kembara Waqaf Merdeka

33

Pekan, 15 Ogos- Sekumpulan 15 orang peserta konvoi Jelajah Kembara Waqaf Merdeka 60  akan bergerak mengibarkan jalur gemilang ke seluruh Semenanjung Malaysia sambil mempromosikan Waqaf Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 60 negara kita Malaysia yang akan disambut tidak lama lagi. 

Perjalanan selama 60 jam bersempena 60 tahun kemerdekaan ini akan bermula di Pahang dan konvoi jelajah ini akan melalui Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Acara pelepasan konvoi disempurnakan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Ibrahim sempena Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaaan Peringkat UMP yang diadakan di Dewan Bankuet Canseleri Tun Abdul Razak hari ini. Hadir sama Timbalan Naib Canselor JHEPA UMP , Profesor Dato Dr. Yusserrie Zainuddin dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Hj Safie.

4

5

Menurut Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir, UMP pastinya tidak akan ketinggalan untuk turut serta memeriahkan sambutan yang istimewa ini sebagai manifestasi patriotisme terhadap tanah air. Peranan ini dilihat sebagai tanggungjawab kewargaaan (citizenship) dalam konteks Malaysia dan UMP, maka tema sambutan kemerdekaan ke-60 pada tahun ini iaitu Negaraku Sehati Sejiwa akan dapat dimaknakan dalam erti kata yang sebenar.

“Ujarnya lagi, sememangnya tugas universiti untuk membentuk generasi akan datang dalam meneruskan perpaduan kaum yang terbentuk pada masa dahulu sehingga kini untuk terus mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.

Selain itu dengan memaparkan kemeriahan sambutan kemerdekaan kepada pelajar dan masyarakat bahawa universiti juga turut bertanggungjawab dalam membantu pembangunan Negara.

Tambahnya lagi,  pelbagai acara diatur sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Universiti Malaysia Pahang 2017 ini yang berupaya menampilkan perspektif patriotisme yang unik dalam konteks peranan UMP sebagai sebuah menara gading dan gedung ilmu pengetahuan.

7

Perspektif patriotisme yang unik tersebut seharusnya menjadi satu pencerahan kepada warga UMP khasnya dan masyarakat amnya, terutamanya generasi muda untuk menghayati erti dan nilai kemerdekaan dengan penuh keinsafan dan kesyukuran,” katanya.

Bagi ketua program jelajah, Nor Azazi Mamat yang merupakan Penolong Pegawai Belia dan Sukan UMP, pihaknya akan bertemu dengan orang ramai untuk menyampaikan mesej kemerdekaan serta mempromosikan UMP dan memperkenalkan Inisiatif MyGift seperti Waqaf Kolej Kediaman Mawaddah dan Masjid UMP kepada khalayak ramai.

Katanya, antara persinggahan termasuklah bertemu pelajar SMK Astana Kuantan dan warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia  (UTHM).

Majlis hari ini turut menyampaikan jalur gemilang kepada wakil jabatan untuk dipasang di jabatan masing-masing bagi menyemarakkan suasana sambutan bulan kemerdekaan dan patriotisme dalam kalangan warga universiti.

Dalam pada itu, UMP bakal mengadakan pameran sejarah kemerdekaan UMP yang dibuka untuk dikunjungi di Perpustakaan UMP, Pertandingan Memancing Terbuka Merdeka, Pertandingan Fotografi, Forum Kemerdekaan dan lain-lain lagi.

9

 

Tags: ump,, kembara waqaf,, kembara,