Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

UMP raih 4 pingat dan bakal tuan rumah SUKUM 2018

1 1

2

 

Tanjung Malim, 5 Ogos- Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal tuan rumah penganjuran Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Kali Ke-42, (SUKUM) pada tahun hadapan. Majlis menyaksikan Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid menerima bendera kejohanan SUKUM edisi 2018 daripada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran.  Bendera UMP kelihatan berkibar di pentas Panggung Percubaan UPSI yang menandakan SUKUM 2017 melabuhkan tirai pada penganjuran tahun ini.

Menurut Abd. Hamid, UMP telahpun membuat persiapan dengan gerak kerja awal bagi menghadapi temasya tahunan itu tahun depan. Bukan sahaja kesediaan selaku tuan rumah penganjuran malahan persiapan pasukan dan atlet yang bakal membawa cabaran turut dititik beratkan menjelang temasya 2018 nanti.

“Kita juga berbangga atas kejayaan atlit dan kontinjen yang menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pasukan-pasukan lain untuk mempersiapkan pasukan   terutamanya dalam aspek pemilihan atlet dan latihan yang lebih tersusun dalam usaha menghasilkan pasukan yang lebih mantap dan menang lebih banyak pingat menjelang Kejohanan SUKUM Kali Ke-43 nanti,” katanya.                                                               

3

4

Kejohanan kali ini menyaksikan UMP meraih kejayaan dengan pencapaian tempat ke 15 terbaik keseluruhan apabila menang empat pingat iaitu dua pingat emas dan dua pingat gangsa. Lebih menarik apabila Pasukan Sepak Takraw UMP berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi lalu dengan menewaskan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dibarisi oleh bekas atlet kebangsaaan dan negeri dengan kiraan mata 2-0.

Selain itu, pingat emas turut disumbangkan atlit pasangan Ping Pong Beregu Campuran yang juga menewaskan pasukan UKM di perlawanan akhir dengan kiraan 3-1. Manakala dua pingat gangsa disumbangkan melalui acara Ping Pong Perseorangan Wanita apabila tewas pada Separuh Akhir kepada Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga juara bertahan dengan kiraan 0-3.                                                    

5

6

Pasukan Futsal UMP pula berjaya menghadiahkan pingat gangsa selepas lebih 4 tahun tidak menyertai Kejohanan SUKUM apabila tewas kepada juara bertahan iaitu pasukan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Separuh Akhir dengan jaringan 1-3. Hadir sama meraikan kejayaan atlit universiti, Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, Abd Rahman Haji Safie dan Ketua Bahagian Pembangunan Sukan Staf UMP Al-Muhaimin Ali.

Disediakan Bahagian Komunikasi Korporat PNC,Disiarkan semula oleh Mohd Farid Bin Md Ali untuk siaran di Portal PSK.

Tags: ump,, portal pusat sukan ump , sukum