Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

UMP sasar lebih banyak emas dalam SUKUM 2017

011

012

Kuantan, 28 Julai -  Seramai 100 atlit Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Kejohanan Sukan Staf antara Universiti Awam kali ke – 42 yang akan berlangsung  mulai esok sehingga 5 Ogos 2017 yang menyaksikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim Perak sebagai tuan rumah pada penganjuran kali ini.

UMP mengambil bahagian dalam tujuh acara sukan iaitu Sepak Takraw, Futsal Lelaki, Hoki Lelaki, Golf Berpasukan, Bola Tampar Wanita, Ping Pong dan Memanah.

Majlis penyerahan bendera disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan Dan Kebudayaan UMP, Abd Rahman Hj Safie kepada Ketua  Kontinjen, Muhammad Syazwan Husin dalam majlis yang berlangsung di Dataran Kompleks Sukan UMP Gambang.  Beliau berkata, dengan semangat kesukanan yang tinggi beliau percaya UMP mampu bersaing dalam kejohanan  tersebut di samping memelihara imej dan nama baik universiti itu.

“Para kontigen diharapkan dapat mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin untuk meraih kejayaan dalam acara sukan masing-masing. Kita yakin dengan semangat dan usaha keras ini akan memberi kejayaan kepada semua atlit,” katanya.

 

013

014

Baginya menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun diharapkan para atlet menyahut cabaran dengan menunjukkan kesungguhan sepanjang kejohanan tersebut. Selian itu beliau mengharapkan para atlet dapat memberikan yang terbaik dan fokus serta berjuang dengan penuh semangat kesukanan.

Dalam pada itu, penyertaan pasukan Hoki Lelaki pada tahun ini dijangka akan dapat memberi kemenangan luar biasa buat universiti  setelah tiga tahun tidak beraksi.

Bagi ketua kontigen pula , Muhammad Syazwan Husin yang merupakan atlit olahraga UMP mengharapkan kepulangan mereka nanti dapat meraih emas seterusnya mengharumkan nama universiti.

Tahun hadapan bakal menyaksikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dinobatkan tuan rumah penganjuran untuk edisi SUKUM ke-43.

Disediakan oleh Nor Hidayah Mohamad dari Bahagian Komunikasi Korporat PNC dan disiar semula untuk Portal Pusat Sukan dan Kebudayaan oleh Mohd Farid Bin Md Ali.

 

Tags: ump,, pusatsukan,, sukum2017,, sukan ump,