Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Bola tampar UMP bersaing dalam kejohanan

4

5

Kuantan, 22 April- Pasukan Bola Tampar Lelaki (Pelajar) dan Pasukan Bola Tampar Perempuan (Staf) masing-masing mengungguli tempat ke-4 bagi kategori masing-masing dalam Kejohanan Bola Tampar Liga Jemputan 2017 anjuran bersama FIT Malaysia, SMK Tanah Putih, Kelab Bola Tampar The BLAZE dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan bertempat di SMK Tanah Putih dan SJK(C) Chung Ching, Kuantan. Masing-masing membawa pulang medal bagi setiap pemain dan hadiah wang tunai.

Kejohanan menyaksikan sebanyak sembilan pasukan lelaki dan tujuh pasukan Wanita dari seluruh Kuantan berentap bagi merebut kejuaraan kejohanan pada kali ini. Laluan merangkul kejayaan ini bukanlah mudah kerana mereka terpaksa bersaing dengan pasukan-pasukan lain yang rata-ratanya mempunyai pemain bertaraf negeri. Penyertaan ini mendapat sokongan penuh dari Pusat Sukan & Kebudayaan (PSK) UMP.

Menurut Pengurus Pasukan Bola Tampar Wanita (Staf), kejohanan ini mensasarkan penyertaan daripada pasukan bola tampar dari seluruh Kuantan dan jemputan luar bagi mempopularisasikan permainan bola tampar di daerah Kuantan.

“Kejohanan ini juga dapat menjalinkan hubungan bersepadu antara pemain-pemain berbilang kaum selain dapat menggalakkan penglibatan pemain-pemain lama dan merangsang minat pemain-pemain baru untuk bertanding secara adil selain dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola tampar juga mampu bersaing secara sihat,” katanya yang mensasarkan sekurang-kurangnya gangsa dalam Kejohanan Sukan Universiti Malaysia (SUKUM) 2017 yang bakal diadakan pada tahun ini.

Tempat pertama pasukan lelaki dimenangi Titanz manakala tempat pertama pasukan wanita adalah pasukan Xysters. Pasukan UMP  terpaksa akur dengan kemenangan pasukan lawan iaitu Xyster, Coral C dan Cherish.  Majlis dirasmikan oleh Naib Presiden Kuantan Chinese Chamber of Commerce and Industry, Dato’ Yau Swe Hin yang hadir menyampaikan hadiah. Hadir sama pegawai khas kepada Menteri Pangangkutan Malaysia, Dato’ Sri Liow Tiong Lai iaitu Dato’ Andrew Wong Kean Hwee.

Disediakan oleh Najjahul Huda Hassan dari Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat

 

Tags: bolatampar ump,