Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

FKM-Mecha Rhino Ungguli Liga Sukan Dalaman UMP 2017

17425837 1595442337151235 2787349507601757794 n 640x480

Kuantan 13 Mei – Pasukan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal atau lebih sinonim dengan nama FKM-Mecha Rhino menggungguli Kejohanan Liga Sukan Dalaman UMP 2017 apabila muncul juara 2 daripada 3 acara yang dipertandingkan iaitu Liga Super UMP bagi acara bola sepak dan UMP Super Five bagi futsal.

17634635 1607432529285549 6753406154190499184 n 640x480

Selain muncul juara pada tahun ini, FKM-Mecha Rhino juga berjaya mengekalkan kejuaraan buat tahun ke-4 berturut-turut selain pemain mereka iaitu Muhamad Amirul Bin Che Azis muncul sebagai Pemain Terbaik Futsal Super Five UMP 2017. Tempat kedua dimenangi oleh FKEE-Dino Thunder dan FKKSA-Polar Power di tempat ketiga.

ebe4ea4d a39f 4fab b0a5 f577cf8ff712 640x480

d203a316 694e 48c3 bec2 1e7b17acb7e8 480x640cd0e426b a1a5 44c0 8901 7c0d81524a6c 480x640

FKM-Mecha Rhino sekali lagi mengetepikan cabaran terdekat mereka FKEE-Dino Thunder dalam Liga Super UMP dengan kelebihan 7 gol sekaligus mengekalkan kejuaraan Liga Super UMP buat tahun ketiga berturut-turut. Ketua pasukan bolasepak FKM-Mecha Rhino, Aminudin Bin Pi Remli pula muncul sebagai Pemain Terbaik kejohanan selain Muhammad Arief Fahmi Bin Zainuddin dari FKP-The Gryphon muncul sebagai Penjaring Terbanyak Liga Super dengan 12 gol dari 7 perlawanan yang disertainya sekaligus membantu pasukan FKP-The Gryphon untuk berada di tempat ketiga Liga Super UMP 2017.

17634865 1607585035936965 80634507397567964 n 640x360

17795777 1607582505937218 4952133846545934669 n 640x480

Bagi acara bola jaring atau dikenali dengan UMP Netbusters, pasukan dari Fakulti Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian atau FSKKP-Arctic Fox muncul juara apabila mengetepikan cabaran FKKSA-Polar Power ditempat kedua dan FKASA-Civer Dragon ditempat ketiga. Zarifah Binti Mohd Haris dari FSKKP-Arctic Fox pula muncul sebagai Pemain Terbaik bagi Liga Bola Jaring UMP Netbusters musim ini.

Liga Sukan Dalaman UMP sudah memasuki tahun ke-4 penganjurannya dan menjadi medan utama pemilihan atlet bagi mewakili UMP dan kejayaan penganjurannya sudah menampakkan impak yang besar apabila pasukan UMP muncul pencabar utama kejohanan diperingkat MASUM dan Liga IPT bagi sukan sukan tersebut.

 

Tags: LIGA BOLASEPAK UMP,, ligasuperump,, umpsl,, bolasepakump,, bolajaringump,, futsalump,