Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Pesilat UMP Raih 2 Perak Di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa, Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi 8, 2017

tpm2 640x527

Pasukan Pencak Silat UMP Elgineers melalui Pusat Sukan Dan Kebudayaan, Universiti Malaysia Pahang telah menyertai Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri Edisi 8, 2017 pada 2 Mei 2017 hingga 7 Mei 2017 yang lalu bertempat di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia Batu Pahat, Johor.

 “Lawan Tetap Lawan”, itulah kata-kata semangat yang sentiasa dilagukan oleh Pasukan Pencak Silat UMP Elgineer yang berjaya meraih pingat di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri edisi 8,2017 anjuran Pusat Sukan Tumpuan Silat, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia. Kejohanan ini telah melibatkan penyertaan seramai lebih 500 orang penyertaan dengan 24 IPT terlibat serta 6 buah Negara serta mendapat mandat oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

tpm1 640x360

Atas semangat juang dan berpasukan serta persaingan sengit perlawanan akhir melawan pesilat elit,  Pesilat UMP berjaya meraih pingat PERAK bagi kategori Tanding Putera I yang disandang oleh Saudara Mohd Safwan bin Mohd Amin dan Tanding Puteri E yang disandang oleh Siti Nor Azrin Binti Nor Azli.

 

tpm3 640x360

Dengan kemenangan tersebut, Pasukan Pencak Silat UMP Elgineers lebih bersemangat untuk terus memberi saingan bagi cabaran akan datang dan seterusnya berusaha menggondol lebih banyak pingat didalam Kejohanan-kejohanan akan datang.

 

Tags: silattpm,, silatump,