Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Festival Glimpse of Cultures Pamer Persembahan Kebudayaan

1

3

Kuantan, 10 Mei - Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan Festival Glimpse of Cultures hasil kolaborasi bersama Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), University Indian Culture Council (UICC), Teater WARIS UMP, Yemeni Students’ Union Malaysia (YSU) dan Sekretariat Mahasiswa Sabah dan Sarawak (SMASS). Program kebudayaan anjuran Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 (PEKA 3) bertujuan memperkenalkan kebudayaan dan warisan setiap bangsa di Malaysia. 

Menurut pengarah program, Caroline Bryant Hernaez berkata, dengan bertemakan “Connecting Through Culture”, festival ini berjaya membawa dua elemen penting iaitu kebudayaan dan perpaduan. “Pesembahan banyak menonjolkan warna-warni kebudayaan yang ada dalam setiap kaum, kesenian dan perpaduan yang wujud walaupun terdapat perbezaan latar belakang dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia,” katanya.

Selain itu, mahasiswa dapat mencungkil bakat mereka dalam bidang kesenian melalui pertandingan menulis khat dan menulis tulisan tamil. Kreativiti mereka diuji melalui pertandingan melukis inai dan menghias tanglung. Carboot Sales turut diadakan bagi memeriahkan lagi program ini. Pelbagai gerai Melayu, Cina dan India dibuka bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati variasi makanan yang terdapat di Malaysia.  

2

Lebih bermakna seramai 15 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Ad-Dhuha hadir memeriahkan lagi malam kebudayaan yang berlangsung di Dewan Astaka UMP. Hadir merasmikan program, Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Hj. Safie yang turut menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada anak-anak yatim ini.

Pelbagai persembahan kebudayaan khususnya dari kelab-kelab kebudayaan UMP diadakan. Antaranya, persembahan Silat, Wushu, Diabolo, tarian India, persembahan daripda kumpulan band UMP, tarian Zapin dan persembahan Orkestra.

Malam kebudayaan tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa yang dijemput khas dari luar. Program turut  mendapat tajaan pihak luar termasuklah Uber, Shopback, Youthtoday, Grand Party House dan Cosmic Puzzle Photography. Turut diadakan pelbagai permainan tradisional yang semakin ditelan zaman seperti Congkak, Batu Seremban, Catur Cina dan Dam bagi memberi pengalaman kepada generasi baharu.