Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Kejohanan Bola Tampar Terbuka UMP Mizuno dapat sambutan

01

02 1

Kuantan, 15 Mei - Kejohanan Bola Tampar Terbuka UMP – Mizuno 2017 yang melibatkan Kategori Lelaki dan Kategori Wanita mendapat penyertaan menggalakkan apabila sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan iyang melibatkan penyertaan pasukan dari bukan sahaja dari negeri Pahang malah termasuklah Terengganu, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Aksi cemerlang pasukan RISDA telah berjaya merangkul hadiah kemenangan bagi Kategori Lelaki dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1500.00, Voucher Mizuno bernilai RM2,000, hamper beserta medal kejohanan. Naib Johan dimenangi oleh BJST VC dari Temerloh dengan membawa pulang wang tunai RM 1000.00, Voucher Mizuno bernilai RM1,000 , hamper berserta medal manakala di tempat ke- tiga dimenangi oleh pasukan AFVC dari Kuantan dengan membawa pulang wang tunai  RM 700.00, voucer kejohanan bernilai RM500.00, hamper beserta medal. Pasukan FRT dari Kuantan menduduki tempat keempat turut menerima wang tunai RM 500.00, voucher kejohanan bernilai RM500.00, hamper beserta medal kejohanan.

04

03

Bagi kategori Wanita pula, 1 MATRA VT dari Melaka dinobatkan sebagai Johan sekaligus memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 1000.00, Airflex Tape, hamper beserta medal kejohanan mengalahkan SAVC dari Kuala Lumpur sebagai naib juara disamping memenangi wang tunai berjumlah RM 700.00, Airflex Tape, hamper dan medal kejohanan. Pasukan Coral C dari Pekan di tempat ketiga memenangi wang tunai RM 500.00, Airflex Tape, hamper beserta medal manakala ELVC dari Kuala Lumpur di kedudukan keempat menerima wang tunai RM 300.00, Airflex Tape, hamper beserta medal kejohanan.

Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Hj. Safie berkata, kejohanan ini dianjurkan buat julung kali oleh Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP dengan memperkenalkan UMP sebagai pusat pembangunan sukan universiti sekaligus, mempromosi sukan Bola Tampar di peringkat Pantai Timur dan kebangsaan dan mempromosikan kemudahan sukan yang di UMP Gambang.

05

06

“Penganjuran ini merupakan platform kepada atlet UMP untuk mengasah bakat sekaligus meningkatkan prestasi semasa serta dapat mengeratkan hubungan baik dengan komuniti menerusi acara sukan yang dipertandingkan,” katanya yang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Beliau berharap kejohanan seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun dan kemudahan gelanggang Bola Tampar ini dapat dimanafaatkan sebaik yang mungkin bagi meningkatkan lagi prestasi sukan Bola Tampar ke tahap yang lebih cemerlang.

Turut hadir Pegawai Pemasaran World of Sports (M) Sdn. Bhd .Mizuno Malaysia, Md. Shahrizal Ismail, Eksekutif Pemasaran Medi Lifesports (M) Sdn. Bhd, Hazri Ziswandi Zakaria dan  Chanel Executive Perfect Checkmate Sdn. Bhd. RedOne, Azizul Zainal Abidin. Kejohanan mendapat tajaan penaja Utama, Medi Lifesports (M) Sdn. Bhd. dan Perfect CheckMate Sdn. Bhd, Pengedar Rasmi Produk RedOne.