Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Azharishah menang Anugerah Olahragawan UMP

0102

Kuantan, 15 Mei – Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Mohammad Azharishah Satar yang cemerlang dalam Sukan Olahraga setelah meraih pingat bagi Kejohanan Sukan Institut Pendidikan Tinggi (SUKIPT) dan Kejohanan Olahraga MASUM 2016  merangkul Anugerah Olahragawan dalam Majlis Malam Penghargaan Sukan UMP yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Gambang hari ini.

Bagi Olahragawati pula dimenangi oleh Cheong Pui Kei dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan menerusi sukan Taekwando. Pemenang membawa pulang Trofi, Sijil  Penghargaan dan Wang tunai sebanyak RM 500.00.

Hadiah disampaikan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim. Hadir sama Pengarah Majlis Sukan Pahang, Mohamed RAshdan Mohamed RAzali, Pendaftar UMP, Abd. Hamid Majid dan Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan UMP, Abd Rahman Hj. Safie.

03

04

Menurut Profesor Dato’ Dr Daing Nasir, UMP meraikan kejayaan dan kecemerlangan atlet yang berjaya mencurahkan bakti mengharumkan nama UMP dalam bidang sukan sepanjang tahun 2016. Malam penghargaan yang masuk edisi kelima ini sebagai wadah bagi meningkatkan penglibatan pelajar UMP yang telah mengharumkankan nama universiti di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Pada tahun lalu seramai 11 orang atlet UMP yang telah menyertai Sukan Malaysia 2016 (SUKMA) di Sarawak yang telah terpilih mewakili beberapa buah negeri seperti Pahang, Wilayah Persekutuan, Selangor, Terengganu & Sarawak menerusi sukan Boling Padang, Memanah, Petanque, Renang, Teakwando dan  Karate. Selain itu juga atlet bola keranjang UMP juga berjaya mewakili Malaysia dalam Sukan ASEAN  pada tahun lalu,” katanya

Beliau berbangga dengan pencapaian prestasi baik apabila UMP berjaya meraih 5 pingat emas, 11 pingat perak dan 10 pingat gangsa. Walaupun pencapaian ini tidak setanding dengan IPT lain, namun UMP tetap berbangga dengan kejayaan mereka malah teruskan usaha untuk mengilap bakat mereka sehingga menjadi seorang atlet yang berjaya di dalam sukan dan akademik seterusnya mengharumkan nama negara suatu hari nanti. 

05

06

Selain itu mengharapkan atlet UMP menyahut seruan ini untuk teruskan usaha dan mengambil peluang dengan kemudahan sukan secara optima dalam mengembangkan dan mengasah bakat masing-masing.

Melalui penghargaan ini dapat memberikan suntikan motivasi kepada mereka untuk terus mengharumkan nama IPT & Malaysia pada masa hadapan dan secara tidak langsung membantu mencapai matlamat Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan “The Thinking Athletes” yang mempunyai nilai profesional yang tinggi dan berdaya saing, selain berkebolehan dalam pasaran domestik dan antarabangsa.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Olahragawan Harapan Universiti pula telah dimenangi oleh Alex Tiong Sie Hung dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam (FKASA) menerusi sukan Renang dengan membawa pulang Trofi, Sijil  Penghargaan dan wang tunai sebanyak RM 300.00.

Sementera itu bagi Anugerah Pasukan Terbaik pula telah dimenangi oleh pasukan Bola Jaring manakala Penyelaras Terbaik pula telah dimenangi oleh Mohd Farid Md Ali dan Anugerah Jurulatih Terbaik telah dimenangi oleh Mohd Faizul Ghafar menerusi Sukan Lawn Bowls.

Pada masa yang sama, turut disampaikan intensif kecemerlangan Sukan UMP 2016 kepada atlet yang telah mengharumkan nam universiti di kejohanan yang telah berlangsung sepanjang tahun 2016 lalu.

 

Tags: olahragawanump,, pusatsukan,, azharishah,