Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

Pusat Sukan anjur Kejohanan Golf Jemputan UMP 2017

golf01

Kuantan, 15 April – Penganjuran Kejohanan Golf Jemputan UMP 2017 buat julung kalinya oleh Pusat Sukan & Kebudayaan (PSK) Universiti Malaysia Pahang UMP mendapat sambutan lebih 32 penyertaan melibatkan penyertaan Universiti Awam dan Badan Kerajaan sekitar Pantai Timur termasuklah penyertaan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Unversiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan.

Kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf Di Raja Pekan ini  turut mendapat penyertaan daripada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),Tenaga Nasional Berhad (TNB), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang.

Pengarah PSK, Abd. Rahman Hj. Safie berkata, penganjuran kejohanan ini membuka peluang kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan peminat sukan golf untuk menjalinkan hubungan baik dan meneroka peluang untuk bekerjasama bukan sahaja dalam akademik dan penyelidikan malah dalam penganjuran sukan,” katanya.

golf02

Selain itu, beliau turut berbangga dengan komitmen dalam kalangan staf terutamanya dari PSK dalam memastikan kejohanan berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak.

Juara keseluruhan dimenangi peserta UIAM, Dr Junaini Kasian dengan membawa pulang hadiah berupa TV LCD 40”. Naib juara turut dimenangi oleh wakil UIAM, Ir. Ahmad Hisyamuddin manakala tempat ketiga diraih wakil UITM Jengka, Mohd Norfizi Mat Yusoff manakala peserta UMP, Azizan Azit menang tempat keempat.

Hadir menyampaikan hadiah, Dekan Fakulti Pengurusan Industri, Dr. Mohd. Riduan Darun diiringi pengarah program, Abu Sufian Mokhtar yang juga Penolong Pegawai Belia dan Sukan UMP dan Pegawai Belia dan Sukan Kanan, Al-Muhaimin Ali. 

golf 03