Portal Rasmi

1461187 736120143083463 1950774883 n PUSAT SUKAN DAN KEBUDAYAAN

                  

22 pendaki UMP bakal tawan Gunung Kinabalu

Kuantan,10 Januari- Seramai 22 pendaki Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal tawan Gunung Kinabalu dalam Misi Pendakian Gunung Kinabalu bermula  pada 10 hingga 14 Januari ini.

Mereka terdiri daripada 13 orang pelajar, 4 orang staf dan 5 orang alumni UMP ini dirai dalam Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Tajaan Program Pendakian Gunung Kinabalu UMP 2017 anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan (PSK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Pejabat Naib Canselor.

Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof. Dato Dr. Daing Nasir Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dato Dr. Yuserrie Zainuddin, Pendaftar, Abd Hamid Majid, Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan UMP, Abd. Rahman Hj Safie.

 

01

Prof. Dato Dr. Daing melahirkan rasa bangga dengan semangat dalam kalangan warga UMP dalam menjayakan misi pendakian ini apatah lagi menjelangnya ulang tahun UMP kali ke-15 pada tahun ini.

Menurut Abd Rahman, program telah dirancang sejak tahun 2015 lagi namun terpaksa ditunda berikutan penutupan sebarang aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu akibat gempa bumi yang berlaku di negeri Sabah.

“Atas faktor keselamatan sebarang aktiviti pendakian terpaksa dihentikan atas arahan Kerajaan Negeri dan misi ini merupakan kali kedua selepas pendakian pertama warga UMP pada tahun 2012,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pendaki, Dr. Wan Mohd Hafizzuddin Wan Yusuf yang juga merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli berkata, persiapan yang rapi dan persediaan telah dilakukan bagi menghadapi cabaran semasa pendakian.

 depan

Pihaknya juga menghargai sokongan pihak pengurusan UMP dan doa seluruh warga UMP dalam merealisasikan misi pendakian kali ini terutamanya dalam mengibarkan bendera UMP di Puncak Gunung Kinabalu yang merupakan Gunung Tertinggi di Asia Tenggara.

Turut sama menjayakan misi adalah komitmen pihak lain terutamanya penyumbang yang terdiri daripada MKG Teguh Enterprise, Alumni UMP, Tobbit System, Suria, Taat Abadi, UMP Holding, Perodua, Sukan Maju Sdn Bhd dan tajaan daripada orang perseorangan.

 Berita disediakan oleh Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan Abd Rahman Hj Shafie,.Disunting Bahagian Komunikasi Korporat.

Civer Dragons kekalkan kejuaraan Sukan Antara Fakulti 2016

Civer Dragons kekalkan kejuaraan Sukan Antara Fakulti (SukFAC) untuk kali kedua berturut turut.

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam (FKASA) atau lebih dikenali dengan nama gelaran "Civer Dragons" muncul Juara Keseluruhan Sukan Antara Fakulti apabila meraih 5 Pingat Emas,2 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa mengatasi pesaing terdekat FTEK Bison ditempat kedua.

 

Futsal Terbuka UMP :32 Pasukan Sahkan Penyertaan

futsal

Sebanyak 32 pasukan telah mengesahkan penyertaan Kejohanan Futsal Terbuka UMP yang bakal berlangsung pada 3 Disember 2016 di Ferro Futsal Kuantan jam 8.00 pagi sehingga 5 petang.

Penyertaan untuk kejohanan yang julung kali diadakan ini kebanyakannya datang dari pasukan pasukan seluruh negeri Pahang termasuk beberapa pasukan dari luar negeri Pahang yang turut sama ingin bersaing dalam kejohanan ini.Kejohanan ini menawarkan sebanyak RM 2,500.00 beserta medal kepada Johan,RM 1,00.00 beserta medal untuk Tempat Kedua,RM700.00 beserta medal di Tempat Ketiga dan RM300.00 beserta medal untuk pemenang ditempat Keempat.

Berikut adalah senarai pasukan yang telah mengesahkan penyertaan di Kejohanan Futsal Terbuka UMP 2016:

SENARAI NAMA PASUKAN UNTUK KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA UMP 2016

 

1.                     X.BUMI.CO

2.                     FUCAS FC

3.                     ORANG BESAR JERANGKANG (OBJ)

4.                     LOUCO FT

5.                     MEREZ AD TOUR

6.                     RED BULL

7.                     GOWEL RANGERS

8.                     REMBAT FC

9.                     FALCON FC

10.                   MAGNIFICO FT

11.                   PETAMA FC

12.                   IPFC

13.                   MIX STANDARD FC

14.                   KK CREW

15.                   LEGASI 06

16.                   OT TEAM

17.                   ARMADA A

18.                   ARMADA B

19.                   TOPUP FC

20.                   FT BALOK

21.                   STALION FC

22.                   WAKAF TIGER

23.                   KAFC

24.                   EMPAYAR FC

25.                   2AM DEPORTIVO

26.                   UIA

27.                   PANCHING JUNIOR

28.                   AIBB

29.                   UMP MEMORY

30.                   FOX FIGHTER

31.                   PST A

32.                   PST B

Kejohanan Futsal Terbuka 32 Pasukan Rebut Juara

Kuantan,2 Disember- Pusat Sukan & Kebudayaan (PSK) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan Kejohanan Futsal Terbuka UMP bertempat di Ferro Futsal, Kuantan. Kejohanan ini telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 32 pasukan dengan lebih 300 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk pasukan dari Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Kuala Lumpur.  

1

Menurut Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan, UMP Abd. Rahman Haji Safie berkata, penganjuran buat julung kalinya ini amat membanggakan apabila menerima sambutan daripada pasukan yang mengambil bahagian. Semangat yang tinggi dalam kalangan pelajar untuk menyumbang kejayaan haruslah dipuji dan sentiasa dibimbing supaya banyak lagi kejohanan lain seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

“Selain bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat, sukan ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik dengan para peserta terutamanya pasukan yang datang dari luar Kuantan. Peluang ini juga memberi kesempatan kepada peserta untuk mengasah bakat dan mempertingkatkan kemahiran dalam permainan futsal,” katanya. Pihaknya berhasrat untuk menjadikan kejohanan ini sebagai salah satu acara tahunan UMP dengan menyasarkan lebih ramai penyertaan pasukan pada masa akan datang.

2

Sementara itu, Pengarah Program, Anuarul Amir Ramli yang merupakan pelajar praktikal program Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Jengka berkata penganjuran program ini juga mencabar baginya yang sedang menjalani latihan praktikal di UMP selain daripada tugasan-tugasan lain yang dinilai oleh penyelianya.

 Penganjuran ini merupakan satu pengalaman berharga buatnya dan rakan-rakannya kerana banyak ilmu pengurusan dapat dipelajari dan dipraktikkan secara langsung dan tidak langsung. Beliau turut dibantu pelajar praktikal iaitu Nur Syairah   Karim dan Nur Maizatul Maizan Hairul Azhar dari UiTM Jengka dan UiTM Shah Alam.

3

Pertandingan menyaksikan johan disandang pasukan PST B dari KPT dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,500 berserta medal, tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan Ketam Angin FC dari Terengganu yang membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta medal. Manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan ZAM DEPORTIVO dari Kuantan dengan membawa pulang wang tunai sebanyak  RM700 berserta medal dan tempat keempat dimenangi OT Team dari Temerloh dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300 beserta medal. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Professor Dato’ Dr. Yusserie Zainuddin.

Berita disediakan oleh Nur Juhaida,Pegawai Pusat Sukan dan Kebudayaan,UMP

KEJOHANAN SUKAN INTER-PTJ UMP 2016

Keputusan Rasmi Kejohanan Sukan Inter-PTJ UMP 2016

Bola Sepak 
Johan : LIBSPORT 
Naib Johan : FSKKP 
Ketiga Bersama : FRIENDSHIP & FKP

Ping-Pong
Johan : FKASA
Naib Johan : PTMK
Ketiga Bersama : FRIENDSHIP & CENFIST

Badminton
Johan : FTEK
Naib Johan : FKEE 
Ketiga Bersama : I TRIPLE J & FKASA

Sepak Takraw
Johan : FRIENDSHIP 
Naib Johan : FKASA
Ketiga Bersama : CENFIST & FSKKP

Juara Keseluruhan : FKASA